Ini kisahnya... Pengalaman Ngeri Dengan Immi Australia.
Saya, isteri dan anak balik bercuti ke Malaysia selama 41 hari dengan pelbagai aktiviti padat utk dibuat di Malaysia. Sekarang ni, normal lah, MAS buat sistem sorg hanya boleh bawa
1. 2 bag (combine weight not more than 30kg)
2. Baby allowance 10kg.
3. Sport equipment dikira dalam personal allowance.
Jadi, apa barang yang saya bawa balik? Yes, saya bawa balik 4 bag termasuk sport equipment dan barang baby.
Bag 1 - Pakaian dan kuih raya.
Bag 2 - Baby item dan kerepek dari Johor.
Bag 3 - Peralatan skydiving.
Bag 4 - Backpack pakaian.
So dipendekkan cerita,
KES 1
Masa ambik beg di carousel 5, jumpa sorg Dato dari flight yang sama, dia attend event kat Sydney, salam2 sambil bagi biz kad, once dia ambik je kad tu, datang immi officer(IO) dekat kitorg:
IO : Hello sir, how you doing? Can i have your boarding pass sir?
Dato : We are in same flight.
IO : Then, why he gave you a card?
Me : That's my business card, just to introduce myself to him. I'm staying here.
IO : Owh ok, have a good trip sir.
Dato : Thank You ( terus blah tak tgk belakang dah. Hahaha)
KES 2
Lepas amik beg, terus proceed dekat laluan inspection, saya kena masuk Lane 1. Kalau masuk Lane 1 ni, tak sampai hujung, separuh jalan je dah ada org jemput pegi ke tempat pemeriksaan. Tempat ni dah pernah sampai sekali masa tahun 2012, habis semua barang dipunggahnya sebab tak declare apa pun dalam kad, tapi bawa 2 bag besar masa tu. So, kena lagi singgah tempat yang sama dah boleh agak yang diorg nak punggah semua barang. Kaunter 27, Dalam hati cakap takpe lah, bukan ada bawa barang terlarang, tapi nak punggah 4 bag, agak banyak tu.
Bagusnya officer diorg ni, cara diorg approach kita supaya kalau kita tak buat salah, kita takkan rasa panik dengan keadaan yang tengah berlaku.
Dari BAG 1 sampai BAG 4 diperiksanya sambil bersembang dengan kita, sampailah bag cabin carry pun dia check antaranya
Bag Kamera
Bag Laptop
Bag Baby
Bag Makan Baby
Tak cukup dengan tu, dimintanya pula Wallet me and wife (check satu2 and dia amik IC Malaysia, Lesen Malaysia,
HP me and wife
Ipad me and wife
PADI License
Laptop me and wife
CommBank Card
(Nak bawa ke multimedia branch)
Atas alasan nak check hp, laptop, buku2, etc. supaya kita tader terlibat dengan gejala pengganas, child pornography, etc. Habis semuanya disemak satu2. Lotih menunggu, yang bagusnya, officer dia bersembang dgn kita macam dah lama kenal. Bila dia bawa hp saya masa tu, tiba2 ada rasa cuak sebab gambar bawah ni ada dalam hp saya. Mampuih, kena cop ISIS lah aku pas ni.
Tapi takpe, keep calm, relax je. Buat macam tader ape. Kisah ni dah sebijik macam rancangan TV, Australia Border Security, masa kami tengah kena check pun diorg tgh buat pengambaran dekat kaunter 30, dekat sangat. Lol...
Alhamdulillah, satu2 barang dipulangkan sambil merungut2 sebab banyak sangat dia nak kena check. Lol!
Happy ending! Semua lepas, kuih raya, kerepek, rendang, nasib baik tak bawa petai, kalau tak, jenuh gak nak explain.
Note: Apa pun, pengalaman bawa daging arnab dari Malaysia utk bini yang mengidam tahun 2013 masih menduduki ranking tertinggi 'jenayah' seludup. Haha...
Advice:
1. Off auto-save media dekat Whatsapp apps supaya gambar2 yg merapu tak masuk dalam gallery phone kita.
2. Declare apa saja barang yang dibawa, walaupun tahu barang tu illegal. Play safe.
3. Kurangkan berpeluh semasa bersoal jawab dengan immigresen.
4. Jangan mengelak masa anjing buat penghiduan jarak dekat.(diorg tak tahu pun yg anjing tu haram utk kita. Lepas inspection tu, samak je lah)
5. Siapkan itinerary dalam satu kertas sekiranya datang melancong utk mengelakkan kita tersalah cakap. Kalau datang nak keje pun, buat itinerary seolah2 nak datang bercuti.
6. Jangan approach org yg tak dikenali dengan memberi kad. Berhati2 dengan kawan2 yang organise tour dari Malaysia, adalah menjadi kesalahan apabila menjalankan perniagaan di Australia tanpa Australia Business Number (ABN) yang sah.
7. Kalau bawa makanan, asingkan ke dalam satu bag, so senang masa dia minta tunjukkan apa jenis makanan yang kita bawa.
8. Kalau tak pasti apa barang yg kita bawa, at least tanda je salah satu dekat borang declare, supaya diorg tak suruh punggah semua barang yg kita bawa.
9. Kalau pakai tudung atau berjanggut, istiqamah, kita buat semuanya kerana Allah, jangan gentar kalau kita di ancam, ulang berkali2 ayat. "Adakah anda mendiskriminasi saya kerana saya muslim?" InsyaAllah akan ada bantuan yang sampai.
10. .....(Saya reserved pada kawan2 yang ada pengalaman macam saya utk beri pendapat yang bernas utk diguna-pakai oleh kawan2 yang lain.)
p/s : sila komen dengan penuh tatasusila yang tinggi bagi mencerminkan peribadi kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Terima kasih.